PremierPass ditubuhkan dengan satu misi utama — untuk membantu lebih ramai ibu bapa dan murid Tahun 6 membuat persediaan terbaik menghadapi ujian PKSK dan UKKM, sebagai laluan ke SBP dan MRSM.
Di sebalik projek Sukses MRSM SBP ini, berdiri tiga individu utama yang bukan calang-calang latar belakangnya. Projek ini digerakkan oleh Tuan Firdaus Ahmad, mastermind di sebalik keseluruhan perancangan, strategi dan hala tuju kandungan buku-buku Sukses MRSM SBP. Beliau merupakan individu yang sangat komited dalam membantu anak-anak mencapai potensi akademik tertinggi — termasuk anak beliau sendiri yang kini sedang menuntut di Sekolah Tun Fatimah (STF) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Dua lagi tulang belakang utama projek ini ialah sahabat beliau sejak zaman universiti, Tn Hj Muhammad Nizar Jamaludin (Jos) dan isteri beliau Hjh Nurhafizah Shaarani (Azie). Kedua-duanya merupakan bekas pelajar SBP yang sangat cemerlang semasa SPM tahun 1999 — Jos memperoleh 9A1, Azie pula 10A1. Kini anak mereka turut meneruskan kecemerlangan itu di TKC dan MCKK.
Jos dan Azie adalah graduan kelas pertama dalam bidang kejuruteraan dari UTP dan Southampton University, UK. Mereka merupakan bekas jurutera profesional yang kini mencurah bakti dalam bidang pendidikan, khususnya dalam membantu menyediakan soalan-soalan latih tubi berkualiti tinggi — hasil dari kajian dan analisa sebenar terhadap format PKSK dan UKKM selama beberapa tahun.
Setiap soalan yang dimuatkan dalam buku Sukses MRSM SBP bukan dibuat secara rawak. Ia melalui proses penapisan, uji cuba, dan validasi berdasarkan pengalaman sendiri membimbing anak-anak serta maklumat sebenar format peperiksaan yang dikumpul secara manual.
PremierPass juga menyediakan kelas tuisyen mingguan secara dalam talian pada harga mampu milik, hanya RM150 sebulan untuk 4 subjek — Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Total 16 sesi sebulan (24 jam pembelajaran), dibina khas untuk pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6 yang ingin membuat persediaan rapi ke sekolah berasrama penuh.
Kami percaya bahawa ilmu berkualiti tinggi seharusnya boleh diakses oleh semua, tanpa mengira latar belakang ekonomi. PremierPass berusaha menjadi jambatan yang memperkasa anak-anak dengan bahan dan bimbingan terbaik agar mereka mampu melakar kejayaan sendiri.
Premier Pass Academy
Premier Pass Academy HQ
No.17,Jalan P4/8,Seksyen 4
Bandar Teknologi Kajang,
43500 Semenyih, Selangor
+6018-6604643
hi@premierpass.my